Selasa, 13 Mac 2012

RANCANGAN MENGAJAR


RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas                 : Tadika Dealova
Bilangan Murid           : 23/23 orang
Umur                            : 5 tahun
Minggu & Hari            : Minggu 12 & Selasa
Tarikh                          : 20.3.2012
Cadangan Masa          : 11.00-11.40 pagi (40 minit)
Tema                            : Diri saya : Keselamatan diri ( Melintas jalan raya )
Tunjang Utama            : Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika- Perkembangan Fizikal
                                         Dan Keselamatan (Aktiviti Luar- Motor kasar)
Tunjang Disepadukan : Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika ( Kreativiti : Seni visual )
                                       : Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika ( Kreativiti : Muzik )
Standard Pembelajaran Utama :
PFK 5.2.10 Menjaga keselamatan diri.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
(i)     KTI 1.1.5   Mewarna gambar dalam ruang tertentu.
(ii)   KTI 2.1.11 Menyanyi mengikut mud lagu ( riang dan bersemangat )
Objektif Pembelajaran : Di Akhir Pembelajaran Murid Dapat :
(i)     Mengetahui cara melintas jalan dengan betul
(ii) Meningkatkan perkembangan motor halus melalui mewarna
(ii)   Menyanyi dengan penuh semangat
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui kanan dan kiri
                                          Murid sudah mengenali warna
Penerapan Nilai : Memberi perhatian, bersemangat dan keyakinan.
Alat Bantu Mengajar (ABM) : Model lampu isyarat, laptop dan lembaran kerja.
KBKK : Menjana idea.


LANGKAH MASA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



CATATAN
         AKTIVITI GURU        
AKTIVITI MURID

Set Induksi
11.00-11.05
pagi
( 5 Minit )

-Guru masuk ke dalam kelas dan menceritakan situasi di mana guru terlihat seseorang yang sedang melintas jalan hampir dilanggar kerana tidak mematuhi lampu isyarat.
-Guru memberitahu murid tentang pembelajaran pada hari ini di mana hari ini murid akan belajar melintas jalan, mewarna dan menyanyi.

-Murid memberi respon yang baik terhadap cerita yang di ceritakan guru itu.




-Murid memberi perhatian semasa guru memberitahu pembelajaran hari ini.
ABM : -

Objektif : -

Nilai :
Memberi perhatian

KBKK  :
Menjana idea


Langkah 1
11.05-11.15 pagi
( 10 Minit )

-Guru membawa model lampu isyarat dan bertanya kepada murid ‘apa yang guru bawa hari ini?’
-Guru memberitahu kepada murid bahawa guru membawa model lampu isyarat.
-Guru menekan slide dan menyatakan fungsi serta warna lampu isyarat iaitu lampu isyarat mempunyai tiga warna. Warna merah untuk berhenti, warna kuning untuk bersedia berhenti dan warna hijau untuk berjalan.
-Guru menunjukkan lampu isyarat untuk pejalan kaki pula  iaitu warna merah untuk berhenti dan warna hijau untuk berjalan.
-Guru menyediakan satu aktiviti permainan iaitu memadankan warna lampu isyarat ke dalam model.

-Murid memerhati tingkahlaku guru dan menjawab pertanyaan yang diberikan oleh guru.
-Murid mendengar jawapan guru dengan teliti.

-Murid memberikan tumpuan semasa guru menerangkan tentang fungsi dan warna lampu isyarat.




-Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.


-Murid bermain dan memadankan warna dengan yakin.


ABM : Model lampu isyarat dan laptop

Objektif : (ii)

Nilai :
Mendengar arahan, semangat,
Kerjasama, keyakinan

KBKK :
Menjana idea








Langkah 2
11.15-11.25
pagi
( 10 Minit )

-Guru bertanya kepada murid ‘siapa yang tahu cara melintas jalan?’
-Guru menyatakan bahawa sebelum kita melintas jalan, kita mestilah mengetahui lampu isyarat kemudian guru menerangkan tentang lampu isyarat di mana lampu isyarat ialah sesuatu benda yang berfungsi untuk mengelakkan kemalangan.
-Guru bertanya kepada murid ‘siapa tahu kanan dan kiri?’
-Guru mengajar murid cara melintas jalan yang betul, kemudian guru memberitahu murid sebelum melintas lihat kiri dan kanan, apabila kenderaan tiada baru melintas.
- Guru menyuruh murid beratur di luar kelas dan melintas bersama. Selepas selesai, guru meminta murid beratur dan masuk ke dalam kelas.
-Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

-Murid menjawab dengan pelbagai jawapan.

-Murid mendengar  penerangan yang telah diberikan oleh guru.






-Murid menjawab dengan penuh semangat.
-Murid mengikut arahan yang telah diberikan oleh guru.




-Murid mengikut arahan guru dan beratur di luar kelas dengan keadaan baik.


-Murid menerima lembaran kerja dari guru dan menyiapkan kerja tersebut.










ABM : lembaran kerja

Objektif : (i)

Nilai :
Mendengar arahan, semangat

KBKK :
Menjana idea


Langkah 3
11.25-11.35
pagi
( 10 Minit )

-Guru mengajar murid menyanyi lagu tentang ‘melintas jalan’.
-Guru meminta semua murid berdiri dan menyanyi bersama guru.

-Murid mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.

-Murid memberikan kerjasama dan menyanyi dengan penuh semangat.

ABM : -

Objektif: (iii)

Nilai :

KBKK:
Menjana idea


Penutup
11.35-11.40
pagi
( 5 Minit )

-Guru bersoal jawab serta mengimbas kembali tentang pembelajaran pada hari ini.

-Guru memberi nasihat kepada murid agar melintas jalan dengan berhati-hati.


-Murid menjawab pertanyaan guru dengan baik.


-Murid mendengar nasihat yang diberikan oleh guru.
ABM : -

Objektif : -

Nilai :

KBKK :
Menjana idea


Impak : Seramai 22/23 orang murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini. Seorang murid yang tidak mencapai objektif pembelajaran mungkin kerana tidak dapat membezakan antara kiri dan kanan. Guru haruslah menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang kreatif supaya dapat menarik perhatian murid untuk belajar.





ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Lampu isyarat





LEMBARAN KERJA  (5 tahun)
NAMA:
TARIKH:
Warnakan lampu isyarat di bawah dengan warna yang betul. 
 

                 


2 ulasan:

  1. terima kasih puan kerana menyenangkan kerja kami :)

    BalasPadam
  2. Your Affiliate Money Printing Machine is ready -

    And making money with it is as easy as 1, 2, 3!

    Here's how it works...

    STEP 1. Choose affiliate products you want to promote
    STEP 2. Add PUSH BUTTON TRAFFIC (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the affiliate system grow your list and upsell your affiliate products all by itself!

    So, do you want to start making profits??

    Click here to activate the system

    BalasPadam