Selasa, 13 Mac 2012

DEFINISI KESELAMATAN

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan merasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.


    PENTING BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH KERANA :

1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan