Khamis, 5 April 2012
Selasa, 13 Mac 2012
DEFINISI TEKNOLOGI KANAK-KANAK
Teknologi dalam konteks awal kanak-kanak merujuk kepada penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran awal kanak-kanak. Teknologi yang bersesuaian mampu meningkatkan kebolehan kognitif dan sosial disamping menyokong pembelajaran awal kanak-kanak. Teknologi boleh mendefinisikan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian (wikipedia,23 sept 2006 ), manakala kanak-kanak pula didefinisikan sebagai budak atau anak kecil ialah manusia yang belum capai akil baligh.
DEFINISI KESELAMATAN
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan merasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.
PENTING BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH KERANA :
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian
PENTING BAGI KANAK-KANAK PRASEKOLAH KERANA :
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian
RANCANGAN MENGAJAR
RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas
: Tadika Dealova
Bilangan Murid
: 23/23 orang
Umur : 5 tahun
Minggu & Hari
: Minggu 12 & Selasa
Tarikh
: 20.3.2012
Cadangan Masa
: 11.00-11.40 pagi (40 minit)
Tema : Diri saya : Keselamatan diri ( Melintas
jalan raya )
Tunjang Utama
: Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika- Perkembangan Fizikal
Dan Keselamatan (Aktiviti Luar- Motor
kasar)
Tunjang Disepadukan :
Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika ( Kreativiti : Seni visual )
: Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika
( Kreativiti : Muzik )
Standard Pembelajaran Utama :
PFK
5.2.10 Menjaga keselamatan diri.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
(i)
KTI 1.1.5 Mewarna gambar dalam ruang tertentu.
(ii)
KTI 2.1.11 Menyanyi mengikut mud
lagu ( riang dan bersemangat )
Objektif Pembelajaran : Di Akhir
Pembelajaran Murid Dapat :
(i)
Mengetahui cara melintas jalan dengan betul
(ii) Meningkatkan
perkembangan motor halus melalui mewarna
(ii)
Menyanyi dengan penuh semangat
Pengetahuan Sedia Ada : Murid
sudah mengetahui kanan dan kiri
: Murid sudah mengenali warna
Penerapan Nilai : Memberi
perhatian, bersemangat dan keyakinan.
Alat Bantu Mengajar (ABM) : Model
lampu isyarat, laptop dan lembaran kerja.
KBKK : Menjana idea.
LANGKAH
MASA
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI
MURID
|
||
Set
Induksi
11.00-11.05
pagi
( 5 Minit )
|
-Guru masuk ke dalam kelas dan menceritakan
situasi di mana guru terlihat seseorang yang sedang melintas jalan hampir
dilanggar kerana tidak mematuhi lampu isyarat.
-Guru memberitahu murid tentang pembelajaran pada
hari ini di mana hari ini murid akan belajar melintas jalan, mewarna dan
menyanyi.
|
-Murid memberi respon yang baik terhadap cerita
yang di ceritakan guru itu.
-Murid memberi perhatian semasa guru memberitahu
pembelajaran hari ini.
|
ABM
: -
Objektif
: -
Nilai
:
Memberi perhatian
KBKK
:
Menjana idea
|
Langkah
1
11.05-11.15 pagi
( 10 Minit )
|
-Guru membawa model lampu isyarat dan bertanya
kepada murid ‘apa yang guru bawa hari ini?’
-Guru memberitahu kepada murid bahawa guru membawa
model lampu isyarat.
-Guru menekan slide
dan menyatakan fungsi serta warna lampu isyarat iaitu lampu isyarat mempunyai
tiga warna. Warna merah untuk berhenti, warna kuning untuk bersedia berhenti
dan warna hijau untuk berjalan.
-Guru menunjukkan lampu isyarat untuk pejalan kaki
pula iaitu warna merah untuk berhenti
dan warna hijau untuk berjalan.
-Guru menyediakan satu aktiviti permainan iaitu
memadankan warna lampu isyarat ke dalam model.
|
-Murid memerhati tingkahlaku guru dan menjawab
pertanyaan yang diberikan oleh guru.
-Murid mendengar jawapan guru dengan teliti.
-Murid memberikan tumpuan semasa guru menerangkan
tentang fungsi dan warna lampu isyarat.
-Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh
guru.
-Murid bermain dan memadankan warna dengan yakin.
|
ABM
: Model lampu isyarat dan laptop
Objektif
: (ii)
Nilai
:
Mendengar arahan, semangat,
Kerjasama, keyakinan
KBKK
:
Menjana idea
|
Langkah
2
11.15-11.25
pagi
( 10 Minit )
|
-Guru bertanya kepada murid ‘siapa yang tahu cara
melintas jalan?’
-Guru menyatakan bahawa sebelum kita melintas
jalan, kita mestilah mengetahui lampu isyarat kemudian guru menerangkan
tentang lampu isyarat di mana lampu isyarat ialah sesuatu benda yang
berfungsi untuk mengelakkan kemalangan.
-Guru bertanya kepada murid ‘siapa tahu kanan dan
kiri?’
-Guru mengajar murid cara melintas jalan yang
betul, kemudian guru memberitahu murid sebelum melintas lihat kiri dan kanan,
apabila kenderaan tiada baru melintas.
- Guru menyuruh murid beratur di luar kelas dan
melintas bersama. Selepas selesai, guru meminta murid beratur dan masuk ke
dalam kelas.
-Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
|
-Murid menjawab dengan pelbagai jawapan.
-Murid mendengar
penerangan yang telah diberikan oleh guru.
-Murid menjawab dengan penuh semangat.
-Murid mengikut arahan yang telah diberikan oleh
guru.
-Murid mengikut arahan guru dan beratur di luar
kelas dengan keadaan baik.
-Murid menerima lembaran kerja dari guru dan
menyiapkan kerja tersebut.
|
ABM
: lembaran kerja
Objektif
: (i)
Nilai
:
Mendengar arahan, semangat
KBKK
:
Menjana idea
|
Langkah
3
11.25-11.35
pagi
( 10 Minit )
|
-Guru mengajar murid menyanyi lagu tentang
‘melintas jalan’.
-Guru meminta semua murid berdiri dan menyanyi
bersama guru.
|
-Murid mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.
-Murid memberikan kerjasama dan menyanyi dengan
penuh semangat.
|
ABM
: -
Objektif:
(iii)
Nilai
:
KBKK:
Menjana idea
|
Penutup
11.35-11.40
pagi
( 5 Minit )
|
-Guru bersoal jawab
serta mengimbas kembali tentang pembelajaran pada hari ini.
-Guru memberi nasihat
kepada murid agar melintas jalan dengan berhati-hati.
|
-Murid menjawab
pertanyaan guru dengan baik.
-Murid mendengar
nasihat yang diberikan oleh guru.
|
ABM
: -
Objektif
: -
Nilai
:
KBKK
:
Menjana idea
|
Impak :
Seramai 22/23 orang murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini. Seorang
murid yang tidak mencapai objektif pembelajaran mungkin kerana tidak dapat membezakan
antara kiri dan kanan. Guru haruslah menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang
kreatif supaya dapat menarik perhatian murid untuk belajar.
ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
LEMBARAN KERJA (5 tahun)
NAMA:
|
TARIKH:
|
Warnakan lampu isyarat di bawah dengan warna yang betul.
AKTIVITI PERMAINAN
Guru menyediakan satu aktiviti permainan dimana murid-murid perlu meletakkan dan memadankan warna-warna pada lampu isyarat mengikut turutan yang betul.
Seterusnya, guru memanggil tiga orang murid kehadapan untuk memadankan warna-warna tersebut.
LANGKAH 1 :
LANGKAH 2 :
LANGKAH 3 :
LANGKAH 4 :
LANGKAH 5 :
Seterusnya, guru memanggil tiga orang murid kehadapan untuk memadankan warna-warna tersebut.
LANGKAH 1 :
LANGKAH 3 :
LANGKAH 4 :
LANGKAH 5 :
SIMBOL DAN LAGU KESELAMATAN
SIMBOL KESELAMATAN |
LAGU KESELAMATAN 1
Mari kita melintas jalan
Seronoknya..
Tapi ingatlah kawan-kawan
Jaga-jaga..
Lihat kiri .. Lihat kanan
Pasti kita..
Selamat..
Semasa melintas
Versi Dangdut: Selangit
LAGU KESELAMATAN 2
Di atas jalanraya
Kereta sana sini
Ayuh kawan semua
Lihatlah kanan kiri
Melintaslah..bersama-sama
Berhati-hati..dijalan raya
Versi Rock: Pelesit
Kota
LAGU KESELAMATAN 3
Mari semua
Kita melintas jalan
Lihat kiri .. Lihatlah kanan
Kawan-kawan semua pastikan
Jangan ada ketinggalan
Lihat kanan .. Lihat kiri .. Lihat
kanan semula
Kalau tiada kenderaan dijalan
Baru kita melintas
Oh..melintas sama-sama
Oh..melintas sama-sama
Versi Pop: Cari Jodoh
Langgan:
Catatan (Atom)